Thursday, May 14, 2015

PEMBOHONGAN NYATA DS SHABERY CHEEK!!

PEMBOHONGAN NYATA DS SHABERY CHEEK!!

Pengumuman pertama DS Shabery ialah kerajaan akan bincang "FORMULA" terbaik untuk mengekalkan kadar caj prabayar RM10 = RM10 untuk tidak membebankan pengguna.

Ini bukan formula. Ini adalah kadar sedia ada sebelum 1hb April 2015! Termasuk SST!!

Namun pihak SKMM ada menyatakan sebelum ini bahawa sykt. Telekomunikasi tidak mengenakan SST dan sebaliknya menyerapnya dalam kadar RM10 sebelum perlaksanaan GST. Kenapa? Kalau ia merupakan "value-added" sykt. Telco ia patutnya kekal pada RM10. Takkan itu pun kerajaan tak boleh paham dan arahkan sykt. Telco? Kerajaan hamba kapitalis ka?!

Pengumuman baru ini pula menjelaskan dalam masa 6 bulan lagi kadar PEMBELIAN kad prabayar kekal pada RM10 tetapi apabila pengguna MENGGUNAKAN nilai RM10 itu, GST dikenakan. Ini sama sahaja dengan mengekalkan GST pada kad prabayar pada harga RM10.60 semasa pembelian kerana nilai RM10 HANYA SAH SELAMA SEMINGGU!!

Pengumuman ini hanya untuk mengelirukan pengguna!!

Tiada apa2 hasil dari perbincangan kerajaan dgn Sykt. Telco, hanya setakat mengelirukan pengguna utk 6 bulan sebelum kembali kepada harga runcit RM10.60 Persoalannya Kenapa 6 bulan? Supaya kerajaan punya pulangan wang apabila budget 2016 dibentangkan!

INI ADALAH PENGUMUMAN SEMATA-MATA UNTUK MENGELIRUKAN PENGGUNA.

Sykt. Telco harus mengenakan cukai 6% kerana mereka dikenakan 6% juga oleh vendor2 mereka. Jadi masalahnya tak mungkin sykt. Telco menyerap lagi 6% cukai tersebut. Ia bermakna mereka dicukai 2 kali!

Inilah masalah kerajaan. Mereka tidak merancang secara komprehensif dengan peniaga serta sykt.2 yg sebelum ini mengenakan atau menyerap SST sebelum ingin melaksanakan GST!

Kerajaan hanya nekad memperolehi wang untuk mengimbangi akaun kerajaan supaya mereka boleh mengumumkan pengurangan hutang negara pada budget 2016! Jadi mengikut kira-kira Kementerian Kewangan implimantasi harus bermula 1st April untuk memberi pulangan cukai yg positif bagi kerajaan. April juga merupakan penghujung kira-kira akaun untuk sykt.2 dan inilah masa yg paling sesuai.

JELAS KERAJAAN AKAN TETAP MENGENAKAN CUKAI PADA PENGGUNA KAD PRABAYAR.

PENIPUAN DENGAN CARA MENGELIRUKAN

Kita juga amat kesal dengan Pemimpin2 Melayu UMNO yg tidak cerdik memahami pengeliruan kerajaan dalam issue GST ini dari mula walaupun ada yg berkelayakan Oxford dan CGPA 3.85

Nyata dari video temubual Astro Awani dengan pengguna2 umumnya kalangan muda, hanya pemuda Melayu yg tidak cerdik memahami kekeliruan ini dan hanya menerima komen pengumuman bulat-bulat!

http://m.www.astroawani.com/berita-malaysia/caj-gst-pada-pembelian-kad-prabayar-akan-mansuh-shabery-59895

No comments:

Post a Comment